Bila kita bercakap soal buat duit atau bisnes online, maka nadi utama
yang akan membantu anda dalam menjayakannya adalah pemasaran. Tanpa
pemasaran, produk anda di ibaratkan kereta yang tiada minyaknya.
Bayangkan anda sudah mempunyai sebuah kereta yang cantik di pandang, di
katakana mempunyai kuasa enjin yang maksima dan boleh memecut dengan
daya tolakan yang tinggi, alih-alih hanya mampu tersadai di hadapan
rumah dek kerana ketiadaan minyak.
Maka ia samalah juga jika saya
kaitkan dengan buat duit online yang kita lakukan hari ini. Samada anda
mempunyai produk sendiri, anda mempunyai blog sendiri dan anda mahu
menjual produk anda melalui system affiliate atau system dropship,
proses pemasaran yang akan menentukan samada anda berjaya membuat untung
atau sebaliknya. Memang benar, terdapat pelbagai faktor lain yang
memacu anda untuk sukses namun dalam dunia perniagaan, marketing
planninglah yang menjadi antara tonggak utama untuk penjenamaan, jualan
dan yang menghidupkan nafas bisnes online anda.
Tahun 2015. Apa
perancangan pemasaran online yang bakal anda lakukan? Adakah semua
teknik pemasaran yang di gunakan pada tahun 2014 ini turut sama boleh di
gunapakai untuk tahun 2015 nanti?
Saya memutuskan untuk mengutip
intipati tentang pemasaran online bagi tahun 2014 yang bakal di
gunapakai oleh ramai usahawan internet pada tahun 2015 akan datang.
Semoga artikel ini juga akan memberi manfaat buat anda bagi merangka
strategi pemasaran untuk tahun yang akan datang, insyaAllah.
Pemasaran 1 : Facebook Ads
Nah,
ini sememangnya harus menjadi pilihan nombor 1 untuk para usahawan
internet. Mana tidaknya. Sepanjang tahun 2014 ini, saya ada ramai sangat
usahawan internet kita yang buat duit sehingga 5 angka sebulan dengan
hanya menggunakan fb ads untuk memasarkan produk mereka. Tidak kiralah
mereka menggunakan cabang buat duit menggunakan produk sendiri yang
mereka cipta ataupun mereka menggunakan cabang system affiliate untuk
sukses, kesemuanya berhasil dengan menggunakan fb ads sahaja. WOW! Biar
betul
Selain
daripada memasarkan produk untuk pasaran Malaysia, ada juga di kalangan
usahawan internet kita yang berjaya buat duit untuk peringkat
international menggunakan FB ads. Tahniah saya ucapkan. Menutup tahun
2014 ini, facebook di katakana sudah mahu menukar beberapa algorithm
baru untuk paparan pengiklanan mereka. Ada juga yang mengatakan
perubahan yang berlaku akan memberi sedikit sebanyak kelebihan dan
kekurangan kepada usahawan internet.
Walaupun cerita dan kisah
suka duka banyak tercatat kepada para usahawan internet yang menggunakan
platform ini untuk membuat kerja pemasaran, namun tidak dapat saya
nafikan bahawa fb ads telah menjadi antara sumber besar yang menyumbang
kepada jualan dan keuntungan bisnes online. Untuk tahun 2015, di
jangkakan pemasaran melalui fb ads akan menjadi pilihan utama para otai
kita meskipun akan ada berlaku beberapa perubahan dalam strategi gerak
kerja. Maksudnya di sini, walaupun menggunakan platform yang sama iaitu
FB ads, mungkin cara setting iklan dan juga perkara-perkara lain seperti
penetapan bajet, kos dan lain-lain turut di ambil dengan lebih
terperinci
.
Jika berlaku perubahan, saya sendiri sebenarnya tidak
merasakana ia satu perkara yang membimbangkan. Jika di lihat dari sudut
bisnes, tidak mungkin pihak facebook melakukan perubahan semata-mata
untuk kepentingan mereka dan memberi sisi negative kepada para
pengiklan untuk berbisnes melalui platform mereka. Pasti perubahan yang
di lakukan punya kebaikan yang tersendiri.
Secara peribadi, saya
yakin ramai otai kita dalam bidang FB ads ini cukup pintar dalam
merangka strategi baru untuk berdepan dengan algorithm baru yang di
kenakan oleh pihak facebook ini. Jadi, stay positive dan teruskan
pemasaran anda untuk tahun 2015 menggunakan facebook ads, ok!
Pemasaran 2 : Blog & SEO
Lihat
laman ping busuk, ping je atau pun group di facebook. Anda akan lihat
di mana-mana sahaja terdapat link blog. Dunia blogging sudah menjadi
antara tarikan utama buat mereka yang bergelar usahawan internet.
Bagaimana blog & SEO dapat membantu meingkatkan jualan? Baiklah,
biar saya berikan gambaran ringkas buat anda.
Si A pergi ke laman
Amazon dan melihat produk cermin mata Rayban. Si B pula pergi ke laman
web XX untuk membaca tawaran tentang software ABC. Selepas
melihat-lihat, si A dan si B tidak mahu terus membuat belian. Mereka
mahu membaca terlebih dahulu sebarang review yang ada di mana-mana laman
tentang produk tersebut. Maka mereka berdua pun pergi ke Google
dan membuat carian dengan menggunakan katakunci “Review produk XX” .
Sekarang, bayangkan jika blog anda yang dipaparkan pada kedudukan
pertama keputusan carian tersebut! Pastinya, anda akan mampu meraih
jualan, sama ada jualan dari produ sendiri ataupund ari produk
affiliate.
Jika anda perhatikan di internet, sesuatu perkara,
peristiwa atau produk itu mudah meletup di internet bilamana ia menjadi
viral. Proses viral ini mungkin boleh berlaku melalui laman facebook,
twitter dan termasuklah juga melalui blog. Untuk tahun 2015, saya amat
sarankan untuk anda mengasah bakat penulisan anda dan mengetahui
keinginan para pembaca online untuk mencari maklumat melalui blog. Anda
tulis artikel yang bagus untuk blog anda, insyaAllah wang akan mengalir
ke poket anda.
Jadi jangan lupa untuk menggunakan medium blog
untuk pemasaran tahun 2015 nanti. Pihak wangcyber juga akan berusaha
untuk membangunkan blog ini untuk para pembaca di samping untuk
mengukuhkan lagi jenama wangcyber pada tahun 2015. Doakan agar wangcyber
agar terus maju !
Pemasaran 3 : Melalui Instagram
Wah
wah! Pemasaran melalui Instagram di katakana sekarang sudah semakin
meriah dalam pasaran Malaysia sekarang. Jika dahulu kita mampu lihat
pemasaran melalui Instagram banyak di lakukan oleh usahawan internet
luar. Sekarang ini ramai pemilik Instagram sudah membuka mata dengan
mahu menggunakan akaun Instagram mereka bukan sahaja untuk perkongsian
gambar, malah mereka mahu menggunakannya untuk buat duit online.
Tambahan
lagi, pihak instagram kini sudah pun memulakan ujian terhadap fungsi
iklan di instagram untuk pengguna-pengguna di US. Mungkin pada tahun
hadapan ia akan diaktifkan dan diperluaskan kepada semua pengguna
seluruh dunia.
Jika benar, maka saya merasakan ia akan menjadi
satu potensi yang amat besar buat para usahawan internet. Ini kerana
jumlah pengguna akaun Instagram hari ini semakin ramai, malah lebih
ramai dari pengguna twitter.
Saya juga mendapat khabar bahawa
ramai di kalangan kita yang tercari-cari panduan lengkap tentang
bagaimana untuk buat duit melalui Instagram. Baru-baru ini saya ada
membaca beberapa report percuma tentang buat duit dengan Instagram.
InsyaAllah akan saya kongsikan kepada anda tentang ilmunya sedikit
sebanyak melalui artikel yang lain pula.
Sementara itu, anda
bolehlah mengaktifkan akaun Instagram anda sendiri mengikut jenama
produk anda. Antara yang di sarankan oleh mereka yang sudah punya
pengalaman dengan menggunakan teknik pemasaran Instagram ialah, gunakan
nama akaun Instagram sesuai dengan nama produk anda.
Katakanlah
anda menjual pakaian untuk wanita, anda mungkin boleh menamakan akaun
Instagram anda dengan nama ladiesworld, atau bajuuntukwanita berbanding
anda meletakkan nama anda seperti KasihLatifah atau RosmahPontian.
Untuk gambar pula, upload gambar yang cantik serta mempunyai kualiti
yang bagus.
Bina reputasi, pengikut dan kepercayaan terlebih
dahulu sebelum anda mulakan dengan jualan pertama anda. InsyaAllah untuk
tahun 2015 tahun hadapan, Instagram akan menjadi laman yang rancak
dengan berlakunya pelbagai jualan dalam talian.
Pemasaran 4 : Google adwords
Jika
dahulu, selepas google melancarkan google adwords, ia telah merubah
banyak nasib usahawan internet di seluruh dunia apabila di katakana
dalam masa 1 malam sahaja, ia boleh menukarkan seseorang itu menjadi
jutawan dengan izin Tuhan.
Selepas itu, ramai usahawan internet
beralih pula kepada facebook ads yang di katakan semakin efektif dan
relevan. Sekarang ini, google adwords di katakan kembali menambat hati
ramai usahawan internet untuk kembali menggunakan platform itu untuk
memasarkan produk online mereka. Pihak google sendiri ada menyediakan
peluang buat kita untuk menggunakan google adwords bagi menyiarkan iklan
untuk laman web umum seperti blog atau web yang partnership dengan
google ataupun untuk paparan iklan khusus bagi laman youtube.com.
Di
katakan nilai CPC untuk pemasaran menggunakan adwords juga amat efektif
jika kena gayanya. Jika anda mahu belajar tentang google adwords, anda
boleh rujuk kepada Tuan Wan Mus.
Saya
lihat ada anak murid beliau yang dapat untung sehingga RM 1,000 dengan
menggunakan modal serendah RM20 menggunakan google adwords. Semoga anda
juga boleh melakukan perkara yang sama, insyaAllah.
Pemasaran 5 : Pemasaran emel
Pemasaran
emel adalah merupakan teknik pemasaran yang paling berkesan dari dahulu
hinggalah sekarang. Walaupun telah ada banyak teknik-teknik pemasaran
baru yang muncul, namun, teknik pemasaran emel tidak pernah tergugat dan
terus unggul sebagai teknik pemasaran yang paling cepat dan berkesan
mendapatkan jualan.
Salah satu faktor yang akan membuatkan
pemasaran email berkesan, adalah berdasarkan faktor jumlah
subscriber. Semakin banyak jumlah subscriber di dalam mailing list anda,
maka semakin cerahlah peluang untuk anda melakukan jualan dengan
pantas.
Oleh itu, saya amat menyarankan kepada anda, bermula pada
hari ini, dengan sisa hari dalam tahun 2014 ini, jika anda masih belum
mempunyai senarai mailing list, mulakanlah mengumpul mailing list untuk
kategori perniagaan anda, samada dalam bidang kesihatan, kecantikan,
penulisan, buat duit online dan sebagainya. Lebih awal anda bermula,
lebih cepat dan lebih banyak jumlah subscriber yang akan dapat untuk
kumpul.
Namun begitu, hati-hati, jangan pula anda mengumpul
mailing list secara membuta-tuli dengan cara membeli senarai email
ataupun mengumpulkan alamat-alamat email dari pelabagai website, perkara
itu adalah salah disisi undang-undang dan ianya adalah dianggap sebagai
SPAM.
Cara yang betul adalah dengan menggunakan teknik “permission marketing”,
iaitu, dengan cara berhemah di mana, subscriber tersebut yang secara
sukarela memberikan alamat email mereka kepada anda. Huraian lanjut
tentang perkara ini mungkin akan saya buat pada artikel yang lain di
masa hadapan.
Penutup
Baiklah,
kita sudah bincangkan 5 teknik pemasaran utama yang di jangka akan
meletupkan jualan bisnes anda untuk tahun 2015 tahun hadapan. Berita
baiknya, kelima-lima teknik pemasaran ini akan dikupaskan dengan lebih
mendalam oleh 5 orang pakar pemasaran internet tempatan di dalam sebuah
seminar yang akan diadakan pada hujung minggu ini, Iaitu..
SUMBER ARTIKEL: http://www.wangcyber.com/