Wednesday 24 December 2014

Tip Jutawan Ghairah

[Bersambung dari “10 Tip Jutawan Ghairah! (Bahagian 1)”]
kejayaan
Pernahkah anda rasainya?
  1. Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu!
  1. Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa terhibur dan cukup seronok melakukannya!
  1. Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan merasa bosan melakukannya!
  1. Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita, kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan menjawab soalan-soalan yang ditanya!
  1. Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya bermati-matian!
  1. Apabila kita ghairahkan perkara itu, sebelum tidur kita ingat, bangun tidur pun kita akan terus ingatkannya.
  1. Apabila kita pergi kemana sahaja, perkara yang kita ghairahkan itulah yang kita asyik nampak di mana-mana sahaja.
  1. Apabila bertemu dengan orang yang mempunyai minat keghairahan yang sama, kita akan menjadi amat teruja berbual dengannya!
  1. Apabila kita berada di dalam kesedihan, hanya dengan melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita boleh menjadi amat gembira serta merta dan hilang rasa sedih dan kecewa.
  1. Apabila kita berpeluang merealisasikan minat kita yang sekian lama kita ghairahkan, kita terasa bagaikan satu impian besar sudah tercapai.
Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan universiti untuk memulakan karier dalam bidang yang mereka minat. Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat sebagai karier pilihan.

Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi terpaksa. Apa pula nasihat saya?
Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan “Jangan memilih kerja”, nasihat saya pastinya berbunyi “Pilih kerja dengan tepat!” lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.

Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan “dipaksa” melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan terperangkap dalam keadaan tersebut untuk bertahun-tahun yang akan datang. Ini akan membuatkan kita berduka dan semangat kita akan mudah patah dan akhirnya berputus asa.

Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat. Sekiranya terperangkap dalam karier yang kita tidak minat, bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang.

Mungkin 3 tahun, mungkin 5 tahun… atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam keadaan itu, akan terasa pula perasaan ‘rugi’ kalau berhenti dan melakukan sesuatu yang lain.
Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan sesuatu yang kita tidak minat!

“Kita tidak mahu terperangkap melakukan sesuatu yang kita tidak minat seumur hidup!”
Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek. Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti

“Mengapa anda memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?”, jawapan yang diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.

Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang kita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang mereka tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan. Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.

Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!

Sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/category/motivasi/

No comments:

Post a Comment

Text Widget

Pages

Powered by Blogger.

Gallery

Most Commented

Contact Form

Name

Email *

Message *

2014 © Planer - Responsive Blogger Magazine Theme - Published By Gooyaabi Templates
Planer theme by Way2themes