Wednesday 24 December 2014

5 Teknik Pemasaran Internet Yang Akan Letupkan Sales Tahun 2015

Bila kita bercakap soal buat duit atau bisnes online, maka nadi utama yang akan membantu anda dalam menjayakannya adalah pemasaran. Tanpa pemasaran, produk anda di ibaratkan kereta yang tiada minyaknya. Bayangkan anda sudah mempunyai sebuah kereta yang cantik di pandang, di katakana mempunyai kuasa enjin yang maksima dan boleh memecut dengan daya tolakan yang tinggi, alih-alih hanya mampu tersadai di hadapan rumah dek kerana ketiadaan minyak.
Maka ia samalah juga jika saya kaitkan dengan buat duit online yang kita lakukan hari ini. Samada anda mempunyai produk sendiri, anda mempunyai blog sendiri dan anda mahu menjual produk anda melalui system affiliate atau system dropship, proses pemasaran yang akan menentukan samada anda berjaya membuat untung atau sebaliknya. Memang benar, terdapat pelbagai faktor lain yang memacu anda untuk sukses namun dalam dunia perniagaan, marketing planninglah yang menjadi antara tonggak utama untuk penjenamaan, jualan dan yang menghidupkan nafas bisnes online anda.
Tahun 2015. Apa perancangan pemasaran online yang bakal anda lakukan? Adakah semua teknik pemasaran yang di gunakan pada tahun 2014 ini turut sama boleh di gunapakai untuk tahun 2015 nanti?
Saya memutuskan untuk mengutip intipati tentang pemasaran online bagi tahun 2014 yang bakal di gunapakai oleh ramai usahawan internet pada tahun 2015 akan datang. Semoga artikel ini juga akan memberi manfaat buat anda bagi merangka strategi pemasaran untuk tahun yang akan datang, insyaAllah.
Pemasaran 1 : Facebook Ads
Nah, ini sememangnya harus menjadi pilihan nombor 1 untuk para usahawan internet. Mana tidaknya. Sepanjang tahun 2014 ini, saya ada ramai sangat usahawan internet kita yang buat duit sehingga 5 angka sebulan dengan hanya menggunakan fb ads untuk memasarkan produk mereka. Tidak kiralah mereka menggunakan cabang buat duit menggunakan produk sendiri yang mereka cipta ataupun mereka menggunakan cabang system affiliate untuk sukses, kesemuanya berhasil dengan menggunakan fb ads sahaja. WOW! Biar betul;)
 
Selain daripada memasarkan produk untuk pasaran Malaysia, ada juga di kalangan usahawan internet kita yang berjaya buat duit untuk peringkat international menggunakan FB ads. Tahniah saya ucapkan. Menutup tahun 2014 ini, facebook di katakana sudah mahu menukar beberapa algorithm baru untuk paparan pengiklanan mereka. Ada juga yang mengatakan perubahan yang berlaku akan memberi sedikit sebanyak kelebihan dan kekurangan kepada usahawan internet.
Walaupun cerita dan kisah suka duka banyak tercatat kepada para usahawan internet yang menggunakan platform ini untuk membuat kerja pemasaran, namun tidak dapat saya nafikan bahawa fb ads telah menjadi antara sumber besar yang menyumbang kepada jualan dan keuntungan bisnes online. Untuk tahun 2015, di jangkakan pemasaran melalui fb ads akan menjadi pilihan utama para otai kita meskipun akan ada berlaku beberapa perubahan dalam strategi gerak kerja. Maksudnya di sini, walaupun menggunakan platform yang sama iaitu FB ads, mungkin cara setting iklan dan juga perkara-perkara lain seperti penetapan bajet, kos dan lain-lain turut di ambil dengan lebih terperinci
.
Jika berlaku perubahan, saya sendiri sebenarnya tidak merasakana ia satu perkara yang membimbangkan. Jika di lihat dari sudut bisnes, tidak mungkin pihak facebook melakukan perubahan semata-mata untuk kepentingan mereka dan memberi sisi negative kepada para pengiklan untuk berbisnes melalui platform mereka. Pasti perubahan yang di lakukan punya kebaikan yang tersendiri.
Secara peribadi, saya yakin ramai otai kita dalam bidang FB ads ini cukup pintar dalam merangka strategi baru untuk berdepan dengan algorithm baru yang di kenakan oleh pihak facebook ini.  Jadi, stay positive dan teruskan pemasaran anda untuk tahun 2015 menggunakan facebook ads, ok!;)
 
Pemasaran 2 : Blog & SEO
Lihat laman ping busuk, ping je atau pun group di facebook. Anda akan lihat di mana-mana sahaja terdapat link blog. Dunia blogging sudah menjadi antara tarikan utama buat mereka yang bergelar usahawan internet. Bagaimana blog &  SEO dapat membantu meingkatkan jualan? Baiklah, biar saya berikan gambaran ringkas buat anda.
Si A pergi ke laman Amazon dan melihat produk cermin mata Rayban. Si B pula pergi ke laman web XX untuk membaca tawaran tentang software ABC. Selepas melihat-lihat, si A dan si B tidak mahu terus membuat belian. Mereka mahu membaca terlebih dahulu sebarang review yang ada di mana-mana laman tentang produk tersebut. Maka mereka berdua pun pergi ke Google dan membuat carian dengan menggunakan katakunci “Review produk XX” . Sekarang, bayangkan jika blog anda yang dipaparkan pada kedudukan pertama keputusan carian tersebut! Pastinya, anda akan mampu meraih jualan, sama ada jualan dari produ sendiri ataupund ari produk affiliate.
Jika anda perhatikan di internet, sesuatu perkara, peristiwa atau produk itu mudah meletup di internet bilamana ia menjadi viral. Proses viral ini mungkin boleh berlaku melalui laman facebook, twitter dan termasuklah juga melalui blog. Untuk tahun 2015, saya amat sarankan untuk anda mengasah bakat penulisan anda dan mengetahui keinginan para pembaca online untuk mencari maklumat melalui blog. Anda tulis artikel yang bagus untuk blog anda, insyaAllah wang akan mengalir ke poket anda.
Jadi jangan lupa untuk menggunakan medium blog untuk pemasaran tahun 2015 nanti. Pihak wangcyber juga akan berusaha untuk membangunkan blog ini untuk para pembaca di samping untuk mengukuhkan lagi jenama wangcyber pada tahun 2015. Doakan agar wangcyber agar  terus maju ! 
Pemasaran 3 : Melalui Instagram
Wah wah! Pemasaran melalui Instagram di katakana sekarang sudah semakin meriah dalam pasaran Malaysia sekarang. Jika dahulu kita mampu lihat pemasaran melalui Instagram banyak di lakukan oleh usahawan internet luar. Sekarang ini ramai pemilik Instagram sudah membuka mata dengan mahu menggunakan akaun Instagram mereka bukan sahaja untuk perkongsian gambar, malah mereka mahu menggunakannya untuk buat duit online.
Tambahan lagi, pihak instagram kini sudah pun memulakan ujian terhadap fungsi iklan di instagram untuk pengguna-pengguna di US. Mungkin pada tahun hadapan ia akan diaktifkan dan diperluaskan kepada semua pengguna seluruh dunia.
Jika benar, maka saya merasakan ia akan menjadi satu potensi yang amat besar buat para usahawan internet. Ini kerana jumlah pengguna akaun Instagram hari ini semakin ramai, malah lebih ramai dari pengguna twitter.
Saya juga mendapat khabar bahawa ramai di kalangan kita yang tercari-cari panduan lengkap tentang bagaimana untuk buat duit melalui Instagram. Baru-baru ini saya ada membaca beberapa report percuma tentang buat duit dengan Instagram. InsyaAllah akan saya kongsikan kepada anda tentang ilmunya sedikit sebanyak melalui artikel yang lain pula.
Sementara itu, anda bolehlah mengaktifkan akaun Instagram anda sendiri mengikut jenama produk anda. Antara yang di sarankan oleh mereka yang sudah punya pengalaman dengan menggunakan teknik pemasaran Instagram ialah, gunakan nama akaun Instagram sesuai dengan nama produk anda.
Katakanlah anda menjual pakaian untuk wanita, anda mungkin boleh menamakan akaun Instagram anda dengan nama ladiesworld, atau bajuuntukwanita berbanding anda meletakkan nama anda seperti KasihLatifah atau  RosmahPontian. Untuk gambar pula, upload gambar yang cantik serta mempunyai kualiti yang bagus.
Bina reputasi, pengikut dan kepercayaan terlebih dahulu sebelum anda mulakan dengan jualan pertama anda. InsyaAllah untuk tahun 2015 tahun hadapan, Instagram akan menjadi laman yang rancak dengan berlakunya pelbagai jualan dalam talian.
Pemasaran 4 : Google adwords
Jika dahulu, selepas google melancarkan google adwords, ia telah merubah banyak nasib usahawan internet di seluruh dunia apabila di katakana dalam masa 1 malam sahaja, ia boleh menukarkan seseorang itu menjadi jutawan dengan izin Tuhan.
Selepas itu, ramai usahawan internet beralih pula kepada facebook ads yang di katakan semakin efektif dan relevan. Sekarang ini, google adwords di katakan kembali menambat hati ramai usahawan internet untuk kembali menggunakan platform itu untuk memasarkan produk online mereka. Pihak google sendiri ada menyediakan peluang buat kita untuk menggunakan google adwords bagi menyiarkan iklan untuk laman web umum seperti blog atau web yang partnership dengan google ataupun untuk paparan iklan khusus bagi laman youtube.com.
Di katakan nilai CPC untuk pemasaran menggunakan adwords juga amat efektif jika kena gayanya. Jika anda mahu belajar tentang google adwords, anda boleh rujuk kepada Tuan Wan Mus.
Saya lihat ada anak murid beliau yang dapat untung sehingga RM 1,000 dengan menggunakan modal serendah RM20 menggunakan google adwords. Semoga anda juga boleh melakukan perkara yang sama, insyaAllah.
Pemasaran 5 : Pemasaran emel
Pemasaran emel adalah merupakan teknik pemasaran yang paling berkesan dari dahulu hinggalah sekarang. Walaupun telah ada banyak teknik-teknik pemasaran baru yang muncul, namun, teknik pemasaran emel tidak pernah tergugat dan terus unggul sebagai teknik pemasaran yang paling cepat dan berkesan mendapatkan jualan.
Salah satu faktor yang akan membuatkan pemasaran email berkesan, adalah berdasarkan faktor jumlah subscriber. Semakin banyak jumlah subscriber di dalam mailing list anda, maka semakin cerahlah peluang untuk anda melakukan jualan dengan pantas.
Oleh itu, saya amat menyarankan kepada anda, bermula pada hari ini, dengan sisa hari dalam tahun 2014 ini, jika anda masih belum mempunyai senarai mailing list, mulakanlah mengumpul mailing list untuk kategori perniagaan anda, samada dalam bidang kesihatan, kecantikan, penulisan, buat duit online dan sebagainya. Lebih awal anda bermula, lebih cepat dan lebih banyak jumlah subscriber yang akan dapat untuk kumpul.
Namun begitu, hati-hati, jangan pula anda mengumpul mailing list secara membuta-tuli dengan cara membeli senarai email ataupun mengumpulkan alamat-alamat email dari pelabagai website, perkara itu adalah salah disisi undang-undang dan ianya adalah dianggap sebagai SPAM.
Cara yang betul adalah dengan menggunakan teknik “permission marketing”, iaitu, dengan cara berhemah di mana, subscriber tersebut yang secara sukarela memberikan alamat email mereka kepada anda. Huraian lanjut tentang perkara ini mungkin akan saya buat pada artikel yang lain di masa hadapan.

Penutup
Baiklah, kita sudah bincangkan 5 teknik pemasaran utama yang di jangka akan meletupkan jualan bisnes anda untuk tahun 2015 tahun hadapan. Berita baiknya, kelima-lima teknik pemasaran ini akan dikupaskan dengan lebih mendalam oleh 5 orang pakar pemasaran internet tempatan di dalam sebuah seminar yang akan diadakan pada hujung minggu ini, Iaitu..

SUMBER ARTIKEL: http://www.wangcyber.com/

No comments:

Post a Comment

Text Widget

Pages

Powered by Blogger.

Gallery

Most Commented

Contact Form

Name

Email *

Message *

2014 © Planer - Responsive Blogger Magazine Theme - Published By Gooyaabi Templates
Planer theme by Way2themes