Wednesday 24 December 2014

Orang Tamak Pasti Kena Tipu

August 11, 2011 — Penulis:

Selain riba dan judi, urusniaga yang haram dalam Islam adalah urusniaga yang mempunyai unsur gharar. Gharar ini adalah satu perkara yang tidak pasti, justeru membolehkan salah satu pihak dalam urusniaga untuk menipu dan ditipu.

orang tamak pasti rugi
Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia, Sheikh Dr Mohd Daud Bakar ada menyatakan:
“Riba adalah sesuatu yang tetap dan tidak akan berubah mengikut zaman sehingga hari akhirat, manakala gharar berubah mengikut zaman.”

Gharar Berubah Mengikut Tempat dan Zaman

Maksudnya bentuk gharar ini boleh berubah-ubah mengikut tempat dan zaman. Misalnya urusniaga yang mana barang jualan tidak dapat dilihat oleh pembeli, atau pun barang yang belum ada.
Sebelum wujudnya pelbagai teknologi moden seperti telefon, mesin fax dan internet, barangkali urusniaga antara negara dan benua adalah sesuatu yang sukar untuk kita jamin ia adalah satu urusniaga yang jujur.

Namun hari ini internet membolehkan kita berjual beli walaupun kita duduk di Malaysia, dan penjual pula duduk beribu kilometer jauhnya seperti di London.
Namun hari ini internet membolehkan kita berjual beli walaupun kita duduk di Malaysia, dan penjual pula duduk beribu kilometer jauhnya seperti di London. Isu gharar dapat diatasi dengan kita menyediakan gambar, spesifikasi barang yang jelas dan penjual yang dapat dikenal pasti.
Walaupun unsur tidak pasti itu masih wujud namun setelah risikonya dikurangkan sehingga ke tahap yang sedikit, maka Islam membenarkan jual beli sebegitu.

Gharar Berubah Mengikut Suasana Tempat

Ini juga adalah asas prinsip dalam urusniaga hartanah yang masih dalam pembinaan. Pihak pemaju menyatakan mereka akan membina untuk kita apartment 1,000 kaki persegi, dan spesifikasi lain dalam tempoh 2 tahun. Maka adalah satu kewajipan bagi pihak pemaju untuk menyiapkan apartment itu mengikut spefikasi yang ditetapkan.
Walaupun urusniaga ini dibenarkan Islam namun satu hari sekiranya para pemaju dalam industri hartanah tidak lagi bertanggungjawab, iaitu apabila kes-kes rumah terbengkalai terlalu banyak, maka pihak berkuasa perlu campur tangan untuk menghentikan penjualan hartanah yang masih belum siap.
Seterusnya menguatkuasakan polisi yang hanya membenarkan penjualan hartanah yang telah siap dibina sahaja.
Inilah yang dikatakan gharar itu dapat berubah mengikut suasana setempat.

Dokumen Sebagai Penghapus Gharar

Selain itu, jika kita perhatikan, penjualan saham dan saham amanah mewajibkan satu dokumen yang dinamakan sebagai prospektus dan juga laporan tahunan diterbitkan. Prospektus dan laporan tahunan misalnya mewajibkan pihak syarikat awam, serta pengurus dana mendedahkan maklumat-maklumat penting yang mesti diketahui oleh para pelabur.
document sebagai penghapus gharar
Justeru, dokumen ini berperanan menghapuskan gharar dalam urusniaga berkaitan saham. Jika undang-undang ini tidak wujud maka ramai pelabur bakal ditipu.
Begitulah yang berlaku dalam kes-kes skim cepat kaya seperti skim Pak Man Telo, skim Labu Peram, Swisscash, skim login Facebook dapat duit dan pelbagai lagi skim cepat kaya yang wujud dari zaman dahulu sampai sekarang.
Apabila kita selalu tidak ambil peduli untuk bertanyakan dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat asas yang penting, kita akan menjadi sasaran mudah musang-musang tamak yang menganjurkan skim cepat kaya ini.

Siasat Sebelum Melabur

Kita cuma memikirkan mahu jadi orang awal dan bermimpi mengenai pulangan kewangan yang bakal kita dapat, tanpa meneliti dengan baik sama ada skim pelaburan itu bersifat penipuan atau pun tidak.
berhati-hati ketika melabur
Nabi S.A.W ada menyebut dalam satu hadis yang direkodkan oleh Imam Tarmizi:
“Sesiapa yang menipu bukanlah dari kalangan kami.”
Maka kita wajib menjauhi urusniaga gharar seperti terlibat dalam skim cepat kaya, dan menyebarkan kepada orang lain juga. Nabi S.A.W tidak mahu menerima para penipu sebegini sebagai umat Baginda. Maka ini merupakan satu amaran yang berat kepada kita semua.
Jangan sampai harta kekayaan yang sepatutnya dapat membantu kita di akhirat untuk masuk syurga, bertukar menjadi saksi kepada maksiat kita buat di dunia.
Jadi adalah satu kewajipan kepada kita semua untuk mengenal pasti semua rukun-rukun dalam sebarang urusniaga untuk mengelakkan urusniaga gharar yang diharamkan iaitu:
  1. Penjual dan pembeli yang jelas
  2. Barang jualan / servis yang jelas
  3. Harga / upah yang jelas
  4. Penawaran dan penerimaan yang sempurna.
Jika kita tidak tahu maka kita kena ambil tahu.

Berlaku Jujur Dalam Bisnes

Sekiranya kita orang bisnes, pastikan kita sentiasa berlaku jujur dan tidak menipu para pembeli kita. Jangan menyorokkan maklumat-maklumat penting yang pembeli mesti tahu.
Kalau kereta yang hendak dijual pernah mengalami kemalangan, jangan kata kereta itu 100% tip-top, accident free.
Selaku pelabur pula, jangan terpersona dengan janji manis mana-mana pihak tanpa meneliti dokumen-dokumen penting. Orang tamak memang selalu kena tipu. Sudahlah kena tipu, kita pun menipu orang lain sama.
“Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah…” (al-Baqarah: 188)
Kredit gambar yang diambil dari Flickr (-_ra3yat_bmw_-anapaulaminettosehgalsassymom)


No comments:

Post a Comment

Text Widget

Pages

Powered by Blogger.

Gallery

Most Commented

Contact Form

Name

Email *

Message *

2014 © Planer - Responsive Blogger Magazine Theme - Published By Gooyaabi Templates
Planer theme by Way2themes